<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Friday, November 06, 2009
selamat tinggal cinta

dipetilk dari http://www.kamezaim.com/kecewa/namamu-tetap-dihatiku
Kasih..
Maafkan aku andai apa yang ingin ku coretkan ini
Akan mengguris hati dan perasaanmu
Aku tidak mampu menahan derita ini lagi
Dan tiada tempat lain lagi yang boleh ku luahkannya
Melainkan di sinilah tempat ku mencoretkan suka mahupun duka
Dialah teman ku yang setia..

Kasih..
Tahukah kau betapa berertinya dirimu terhadap ku
Tahukah engkau betapa murninya cintaku terhadapmu
Dan tahukah kau bertapa tingginya harapan ku terhadapmu
Pernahkah kau terfikir akan semua itu
Atau semua itu langsung tidak bererti buatmu kasih..

Kasih..
Ku terima segala kata-kata darimu
Biarpun adakalanya kata-kata itu cukup mengguris hatiku
Namun ku tabah menerimanya dan ku buang sejauh yang mungkin
Dengan harapan tiada alasan untuk mengoncang hubungan kita
Namun, apalah daya dan kudrat ku ini untuk melawan segala yang tertulis
Hubungan yang cuba ku pertahankan akhirnya musnah jua
Hancur berkecai segala harapan ku terhadapmu
Akhirnya terkuburlah sebuah impian..

Kasih..
Lahirnya kau ke dunia ini bukan untukku
Dan terciptanya aku bukanlah untukmu
Biarpun kita hidup di dunia yang sama
Namun apakan daya, cara hidup kita berbeza
Kau pinta ku beri sepenuh perhatian terhadapmu
Namun, tidak terfikirkah kau akan tugas dan tanggungjawab ku
Kau mengharap kasih dan sayang dariku
Tidak cukupkah kasih sayang yang ku beri selama ini
Terhadapmu..

Kasih..
Mungkin aku bukan sepertimana yang kau harapkan
Atau mungkin jua aku bukan seperti teman-teman mu yang lalu
Namun, walau apapun yang kau fikirkan
Aku tetap aku..

Kasih..
Ku terima salam perpisahan darimu dengan harapan
Agar kau bahagia dengan keputusan itu
Apa guna kita terus bersama
Andai dirimu tidak bahagia bersama ku
Aku rela hidup tanpa dirimu
Asalkan kau bahagia dan tenang sentiasa
Biarpun tidak bersama dengan ku..

Kasih..
Aku ingin kau tahu satu perkara
Walaupun kita sudah tidak bersama lagi
Walaupun kau bukan milikku lagi
Dan andai ku pergi dulu sebelummu
Namun, ketahuilah bahawa
Namamu tetap dihatiku..

Posted at 03:52 am by marlia8875

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry