<< October 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03
04 05 06 07 08 09 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed









 
Wednesday, October 14, 2009
menyepi seketika
assalamualaikum kepada semua kawan2 yang membaca blog nie... pepun salam muhibbah dan dalam raudah dariku pada semua...

banyak yang belaku ketika aku menyepi nie... ada pelbagai perkara yang kelakar, sedih,gembira, menyusuk kalbu... segalanya memberi kan aku peluang untuk teruskan perjuangan untuk membina kehidupan. mengisi kekosongan dan memberiku peluang untuk matang dalam membuat keputusan, siapa sangka cempedak jadi nangka, dan siapa sangka ilusi jadi realiti, siapa sangka aku suka bersangka2..sehingga aku pun leh giler.perancangan kehidupan kini aku dah rangka dengan penuh detail..n padat...
sekarang aku lebih ingin menjadi seorang yang lebih menyendiri dan lebih suka jalan2. so pelbagai plan aku sekarang...rasa nak bercuti jerk...
nak g sabah serawak than paling best aku rasa cam nak g bali..or mana2 kawasan jakarta...

aku pun tak tau per yang aku nak cari...tapi aku rasa aku puas buat camtu....so sekrang..perancangan tok buat pasport tok keluar ke negara luar...cam tak sabar rasanya....tok bulan ni mmg aku byk keluar jerk...jalan2 cari pasal...
paling best g kenduri kak wendi..letih tapi aku heppy sangat.... puas hati..... aku dapat tgk depan mata....1st time aku tgk orang yang duduk flat n rumah bertingkat2 nie kawin. rumah tingkat 4 , pelamin kat bawah sekali....pepun aku doakan semuanya adalah yang terbaik dah semoga bahagia...

perjalanan aku dari mines ke ukm pada hari selasa lepas... dalam ktm membuatkan aku terasa pelbagai kisah yang aku pk. manusia nie nampak sama, tapi hakikatnya cara menjalankan kehidupan yang dipilih amat memeritkan.... seorang bdak yang ku kenali...terasa terkejut sangat...kisahnya mebuatkan aku terfikir,...seperit aku menjalani kehidupan aku, perit lagi itu menjalani kehidupan...

penyakit aku...usah ditanya....semuanya perlu kekuatan pada diri sendiri....perlu aku sendiri yang kuat untuk menentukan dan aku perlu berfikir panjang. ya'Allah berikan kekuatan untuk hamba mu ini untuk menjalani kehidupan ini. sungguhpun adakala aku terduduk.

hujung bulan nie aku g cemeron.. bejalan jerk kerja nyer...tah bila aku nak menyimpan... ada simpanan tapi tak nampak...huhuhuhuhu...insya'allah ...segalannya pasti...

k lah....t aku smbung...byk yang terbuku,,tapi rasa berbuku2 sekarang nie...

Posted at 03:47 am by marlia8875
Make a comment  

 
Sunday, September 27, 2009
jom main taip-taip
assalamualaikum... semalam hari sabtu.member aku sorang dah kawin..tulah kisahnya.. namanya normawati. so semalam aku jumpa la semua kawan kawan aku dulu..bukan semua la..leh kata suku..kawan perempuan..kwan laki aku kurang sikit..maner ada yang rapat ngan aku pun.mybest frend masa sekolah menengah pun dah ada awek..so aku rasa dia pun mst jage hati awek dia..xkan nak msg aku lagi cam dulu kala..aku pun baru tau dia ada awek..masa jumpa kawan kawan aku semalam. thanz aimi bagitau aku..atleast aku tak la ganggu hubungan orang tol tak.kang tak pasal2 gaduh.. semalam aku beraya umah aimi..umah shahida..comei meh shahida nie..dulu dan sekarang..cume sekarang dia dah kurus sikit,....comei dulu lagi..hihuhuhuhu....bila la dapat jumpa kawan-kawan aku nie.. tahun depan kot sebab pasni semua sebuk.ngan rahimah nk final exam nyerk..so aku sendiri lagi di sini.. menjalani hidup dengan pelbagai ujian tanpa aku pinta dan aku sedari..

kata kata itu mampu membunuh..membunuh segalanya..hati dan perasaan..tapi tanpa berkata-kata juga...hati juga bisa berbicara sepi menitiskan air mata tanpa diminta.

nie lagu dari wali band..tajuknya YANG..


Yang.. Coba kau jujur padaku
Yang.. Foto siapa di dompetmu
Yang… Kok kamu diam begitu
Sayang jawab atau aku pergi sayang

#
Aku tak mau bicara
Sebelum kau cerita semua
Apa maumu, siapa dirinya
Tak betah bila ada yang lain
Jangan hubungi ku lagi
Ini bisa jadi yang terakhir
Aku ngerti kamu
Kau tak ngerti aku
Sekarang atau tak selamanya

Yang.. Jangan kira ku tak tahu
Yang.. Tak mudah kau bodohi ku
Yang… Tolong dengarkanlah aku
Tapi sayang
Masih pantaskah kau kupanggil sayang

Back to #

Salahmu mau bicara
Dan ku akan cerita semua
Apa mauku, siapa dirinya
Karna memang tak ada yang lain
Terus hubungiku lagi
Jangan bilang ini yang terakhir
Aku ngerti kamu
Kamu ngerti aku
Aku sayang kamu selamanya


Posted at 04:09 am by marlia8875
Make a comment  

 
Wednesday, September 23, 2009
kisah lepas raya 2009

Pagi nie aku tak leh nak lelapkan mata, aku pun tak tau naper.. mungkin setiap masalah ada jawapan, itu yang nyata. Bila hati rasa tawar dengan segalanya..kita akan wat keputusan yang lebih dari apa yang kita jangkakan.  Lau orang lain aku tak tau apa yang diorang buat.. tapi aku takkan merosakkan diri aku…  hilang mungkin berganti..tapi tak serupa apa yang kita telah miliki suatu ketika dahulu.. perpun this year my azam semua hampir Berjaya.. plan aku tok beli kereta tahun depan kini telah ku anjakkan ke depan..so tahun nie jugak aku beli kereta, memandangkan ekonomi kurang stabil sekarang..so aku rasa nie masa sesuai..tahun depan mesti dah naik…huhuhu..  kereta pilihan aku mesti dua pintu.. bukan tak fikir akan berkeluarga masa akan datang..tapi aku agak jauh perjalanan aku untuk melangkah kearah itu.. terima kasih abah..memahami akak.. akak sayang abah.. tu mampu akak katakan..abah paham apa yang akak rasa.. terima kasih…. 

Raya tahun nie..lagi sekali satu lamaran dari Selangor ku tolak…aku tak mampu…maaf kan aku… aku tak mampu untuk menerima.. perpun aku hargai kepada insan2 yang berada sekeliling aku..mak aku, ayah aku..terutama nenek aku…sebab tolak lamaran tu..aku xder alas an sebenarnya..tapi tulah..segalanya berlaku dengan sekelip mata. Aku biarkan ianya berlalu..dan aku harapkan ianya berlalu… kepada dia yang berada dihati…sampai sekarang aku tetap menanti…kenapa kau pintu hati ini, sedangkan kau tiada kunci untuk membukanya..  ya Allah terlalu kejamkah aku nie? Maafkan aku..

Next year aku tak tau lagi nak pk apa dah..mgkin nak beli umah kedua..hahahaha…  entahla, lawak lak bunyinyer.. yang pasti aku kena siapkan lesen kereta aku tahun nie jugak, lau tak bawak kerata tanpa lesen la jawapannyer..ada berani???

Ohyer…this year aku sempat raya umah kak seri, umah bedah,kak dahlia, kak ita… best balik umah naik ke teluk ru…aku naik bot dari jeti hutan melintang..seronok sangat..cam naik feri kat langkawi jerk… kenangan tu aku takkan lupakan…entah bila aku nak datang lagi aku tak tau..segan dah aku nak datang..sebab dah tolak lamaran orang…hahahah…

Cinta takleh nak dipaksa..walaupaun dalam perkahwinan tiada paksaan.. biarpun cinta tak bersyarat..namun untuk mencari suami perlukan mengikut terma dan syarat…betul ker?

Lantak la..dah malas nak pk…

Today, my mum berbunyi..you all tau sebab per? Sebab ayah aku citer pasal kerata jerk.. kenapa pasal kereta sebab aku.. hahaha.. pilihan aku mesti lain dari yang lain.xnak sama dengan orang..jgn sebut kereta myvi or saga.. tak der dalam impian.. kereta nak canggih..satu dalam keratong..tu yang pasti.. tunggu dan lihat..warna pilihan bakal kereta aku ialah putih… yang pasti semua dah setuju..best sekali mak aku suka ngan pilihan kereta aku..

Oklah…dah pagi pun nie tapi mata aku tak ngantuk lagi..perpun…sampai sini jerk coretan aku..t aku sambung menulis lagi k.

Assalamualaikum…

Posted at 10:49 am by marlia8875
Make a comment  

 
Tuesday, September 15, 2009
citer sebelum raya

Assalamualaikum.. bagi aku, nie tahun pertama raya yang perlu aku siapkan dengan rapi..segala-galanya aku ambik berat. Dari ruang tamu hingga ke dapur.dari bilik pertama ke bilik ke lima. Dari langsir ke kuih raya. Dari hidangan hingga ke duit raya untuk budak2. Biasa nya aku akan siapkan kemas ruang tamu n duduk dapur,siapkan ketupat…yang lain ada tugas masing2. Tapi tahun nie,,,,raya kat rumah sendiri..biasa xder orang nak datang umah aku..sebab aku pun xder kawan kat sini,lau datang pun siti jerk la… adik-adik aku pun, diorang semua suka duk umah jerk..memang tak suka berkawan..lau ada pun jiran sebelah umah..baru aku perasan semua nie… sebab aku dok perhatian suasana dirumah. Tapi tahun nie, aku kerja kat sini, kena stanby kunjungan guru-guru n my bos…aku dah cakap kat diorang…nak datang pun raya ke-3. Tu baru citer cikgu sekolah ngan my bos.. kisah juruteknik pusat kegiatan guru yang lain… fadil aku tak pasti dia datang tak,tapi yang pasti dia dah baper kali datang umah aku, sebab bawa aku g kursus…opss….bukan pergi berdua tau…bos aku pun ada.. atas urusan kerja tau… fadil nie pusat kegiatan guru muadzam.. than now.. semua sebuk pasal Laporan SPPICT, sebab pas raya nie, ada pemantauan PKG. Laporan yang perlu focus tok siapkan. Huh, usah ditanya betapa pening aku nak siapkan..tak siap lagi..so bila ngah pening nie..PKG  ROMPIN pun contc aku gak.sebab PKG ROMPIN pun orang keratong. Aku tak pasti dia keratong berapa, keratong 2 kot. Tah la..aku tak ambik tau la semua tu..yang pasti  dia nak datang rumah aku.. suh aku ajar buat SPPICT  punya laporan. Bila dia kata nak datang umah..tersentap gak hati aku..sebab aku tak pernah jemput mana-mana lelaki datang umah…so aku kenalah minta izin kat mak ayah aku Tok aku benarkan pkg rompin nie datang umah aku. Huh…  mujur mak ngan ayah aku benarkan, sebab dia paham kerja aku nie camner. So aku bagitau awl kat minhat, aku tak pernah jemput orang lelaki datang umah,aku kena mintak kebenaran mak ngan ayah aku..dia leh kata..nie dah tahun 2009 nak masuk 2010..ada lagi orang mcm aku..huhuhuh..susah nak jumpa.. aku cakap la..nie dah jumpa..hahaha…aku cakap lau citer kat orang pun..orang tak percaya,.so better senyup jerk…perpun nak datang..kena bagitau..sebab lau tak bagitau..jawapanyer tak masuk umah la…coz  my mum x kasi orang lelaki bukan muhrim masuk tanpa kebenaran suaminyer….hahahaha, tulah sebenarnya yang terjadi.. so lau ayah aku kata tidak..tidak sesiapa yang akan dibenarkan masuk..  itu paling jelas dan nyata. Ayah aku Nampak rock..tapi tegasnya xder sape leh lawan.. dan aku hormat pendirian mak aku.

Orang kata, cari pasangan perlu cari yang sesuai n memahami kita. Tapi bila aku kaji semula.. kita kena cari seseorang yang leh ubah pendirian kita. Lau seseorang tu tak mampu nak ubah pendirian kita..camner dia nak didik kita dan kita nak hormat dia sebagai pasangan pada masa akan datang. Tu pandangan aku. Lau xnak terima xper… menghormati pasangan adalah penting. Sebab dengan rasa hormat kita mula merasakan..menghargai diantara satu sama lain itu perlu ada dalam hubungan.. stop-stop ngan ayat jiwang-jiwang nie…aku dah malas nak membenarkan fikiran aku berfikir dialam maya.. karang aku yang sakit kepala…tah kemana aku pk.

Raya semakin hampir… so aku nak ucap selamat hari raya tok semua kekawan yang kenal aku n tak kenal..tapi baca gak blog nie… kepada yang pernah mencuri perhatian ku…semoga bahagia bersama isteri tercinta..aku doakan kebahagian mu, anggaplah persahabatan diatara kita adalah persingahan..dan mungkin kehadiran aku diantara isterimu adalah perantaraan untuk mengingatkan mu..bertapa berharga isterimu dalam hidupmu.. bukan kesempurnaan yang dicari tapi kita perlu melengkapi setiap kekurangan dalam hubungan.  Paper pun ..doakan kebahagianku..maafkan aku.. andai aku menjadikan dirimu leka dengan tanggunjawabmu untuk seketika. Ketahuilah..bukan niatku untuk menghancurkan..tapi aku percaya..isterimu adalah yang terbaik untukmu…

 

Sekian coretan ku….

 

Posted at 06:22 am by marlia8875
Make a comment  

 
Tuesday, September 01, 2009
ramadan tahun ini..
harini dah puasa yang 12..cam tak percaya jerk.. puasa dalam keadaan yang berbeza. thun lepas aku puasa beru sebulan masuk kerja kat SEGi training centre..but now aku baru 2 bulan kerja kerajaan. byk kenangan yang aku susah nak lupakan.siapa sangka,,.perjalanan hidup berubah tanpa dirancang. byk perancangan hidup aku yang perlu aku olah dan aku susun. kini perlu aku rancang semula agar ianya tidak menyusahkan dan tidak merosakkan perjalanan hidupku. if u fail to plan, you plan to fail..kata-kata tu still aku pegang sampai sekarang.kegagalan mengajar kita akan lebih maju kehadapan..itupun lau kita ambil ikhtibar atas segalanya...

duk kat kampungnie aku da makin susut berat badannyer..aku pun tak tau kenapa...nak kata makanan tak sesuai...bedeah sangat..mak masak semuanya.. than masa aku g salon...akcik tu siap cakap..baju aku leh muat sorang lagi...peh..sabar jerk la,,.so aku cakap la kat makcik tu...aku dulu berisi..mujur aku datang ngan kawan masa sekolah rendah..so dia tau lah bertapa aku tembam dulu.hhuhuhuu... makcik tak percaya..lantak la,,,itulah kenyataannyer... kurus salah..gemuk salah.tah paper tah...but juruteknik kat PUSAT KEGIATAN GURU NEGERI PAHANG, yang perempuan ada 6 orang.,semua kecik molek,,,aku nie kira besar dah rasanyer..mst tak cayer...nantilah..aku ambk gambar tok semua juruteknik perempuan, tinggi pun dua org jerk..bilalah nak jumpa diorang....rindu pun yer..yang pasti,,aku tak pernah contc diorang...

layan jerk la.... kerja mmg relex gila,,aku pun tak tau tahap per aku bosan xder kerja..dulu kerja tak cukup tangan...masa aku semua ngan kerja, but dulu takder lak aku sakit jerk,,now..xder kerja,,tapi aku selalu sakit kepala,,huhuhuh... nak g klinik..mmg aku malas la,,t mst doc kata mengade,,sakit sikit jerk,,, biarlah
selagi leh tahan,,aku tahan jerk..

tu dari kesehatan la..yang lain biasa jerk kot...xder yang lain...opss..ada..cara g kerja...aku tak perlu la nak jaga penampilan sangat dah..baju rasmi g kerja baju kurung,,,so aku tak pk la nak pakai baju warna apa untuk esok hari..pakai jerk yang-mana suka asal baju kurng..but time out door n majlis luar..aku still la cam mariani dulu...penampilan 1st..but masih sopan la...sebab lau keluar ngan bos..bos aku mmg jge penampilan..lau tgk bos aku,,cam org lum kawin but anak dah 4 tak silap aku...bayangkan..huhuhu..xkan la aku nk selekeh..buat malu jerk.... bulut org xleh nak tutup..krja nak mengata jerk...nak ngumpat pun biar dalam keadaan aku yang ok lah dari aku compang camping..

oklah..t sambung citer lagi...salam ramadan..assalamualaikum

Posted at 07:57 pm by marlia8875
Make a comment  

21 Pedoman Untuk Wanita


1. Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari *Terimalah lelaki sebagai sediakala*. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

2. Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda

Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

3. Berubah Untuk Menikmati Perubahan

Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

4. Sanggup Memberi Untuk Menerima

Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang sanggup anda beri.

5. Percaya Untuk Dipercayai

Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

6. Menangkan Lelaki Untuk Menang

Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

7. Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif

Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walaubagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

8. Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab

Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju. Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apa pun. Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

9. Kritikan Akan Membuahkan Kritikan

Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki., menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

10. Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu

Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu
Kehendak Seks dan
Kehendak untuk menjadi penting.
Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

11. Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki

Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

12. Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar

Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

13. Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja

Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

14. Hormati Dia Sebagai Lelaki

Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

15. Dengarlah Dengan Baik

Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki, nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

16. Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki

Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita. Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

17. Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda

Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik seikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

8. Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya

Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

19. Elakkan Pergaduhan

Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

20. Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah

Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

21. Hidup Bukan Hanya Di Dunia

Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya
Posted at 07:47 pm by marlia8875
Make a comment  

Tiga Pertanyaan


Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Sam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun boleh menjawab 3 pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan seorang guru tersebut. "Anda siapa? Dan apakah anda bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?” Pemuda bertanya. “Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara.” Jawab Guru Agama. “Anda yakin? sedangkan Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya.” Jawab Guru Agama “Saya akan mencoba sejauh kemampuan saya” Pemuda : “Saya punya 3 pertanyaan;

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya
2. Apakah yang dimaksudkan dengan takdir?
3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api?, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?”

Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan kuat. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata “Kenapa anda marah kepada saya?” Jawab Guru Agama “Saya tidak marah … Tamparan itu adalah jawaban saya kepada 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya”.

“Saya sungguh-sungguh tidak faham”, kata pemuda itu. Guru Agama bertanya “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Tentu saja saya merasakan sakit”, jawab beliau. Guru Agama bertanya ” Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?”. Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, “Tunjukan pada saya wujud sakit itu!” “Tentu saja saya tidak bisa”, jawab pemuda. “Itulah jawaban pertanyaan pertama. Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya.” Terang Guru Agama. Guru Agama bertanya lagi, “Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?”. “Tidak” jawab pemuda. “Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?” “Tidak” jawab pemuda. “Itulah yang dinamakan Takdir” Terang Guru Agama. Guru Agama bertanya lagi, “Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?”. “kulit”. Jawab pemuda. “Pipi anda diperbuat dari apa?” “ Kulit “ Jawab pemuda. “Bagaimana rasanya tamparan saya?”. “Sakit.” Jawab pemuda. “Walaupun Syaitan terbuat dari api dan neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan.” Terang Guru Agama.
Posted at 07:36 pm by marlia8875
Make a comment  

meh baca


Dr.Fadhilah Kamsah menulis ....

Assalammualaikum. ......
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ...either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....

so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ... Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ....mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak....dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ...

solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ... Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ...tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. .dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!

So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly.... Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing.

Wallahu A'lam... Terima Kasih.
Posted at 07:35 pm by marlia8875
Make a comment  

renungkanlah..kerana 1000 ciuman


Zaman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indon. Bulan ni dia tak dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim surat yg isinya demikian:

Isteriku tercinta,

Maafkan kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan keluarga di rumah Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.

paling cinta,Kanda Suparjo

Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya

Kanda Suparjo tersayang,

Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:

Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.

Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.

Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.

Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.

Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.

Besok Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.

Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman.

Kanda tersayang..bulan ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar dengan apa pun keperluan Dinda.

Yang dari kanda masih berbaki 125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda simpan dululah dalam tabung yer??

Paling sayang,dari Dinda Suti Nirwingsih

.... gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!
Posted at 07:20 pm by marlia8875
Make a comment  

Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa...


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah
bersabda:

'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. '
- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...


2) Zina bermaharajalela.

'Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang seenaknya
melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka
inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim

~ dah nampak dah skrg...


3) Bermaharajalela alat muzik.

'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan &
perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi²
wanita'- Ibnu Majah

~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia,
Anugerah Muzik...



4) Menghias masjid & membanggakannya.

'Di antara tanda² telah dekatnya kiamat ialah manusia
bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai.

~ memang dah nampak dah...



5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &

hubungan dengan tetangga tidak baik.

'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak
perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......




6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil
orang² yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang
tinggal padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal...


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan
dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina).
Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang
beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon & kat Malaysiapun ada....



8) Mengucapkan salam kepada orang yang
dikenalnya sahaja.

'Sesungguhnya di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang
lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi
hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² telah
hampir hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'.

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...



10) Bulan sabit kelihatan besar.

'Di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah
menggelembung( membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...



11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.

'Pada akhir zaman akan muncul pembohong² besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita² yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa² kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim

~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar² harian & majalah² yg popular skarang nie......



12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak
kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq ...


13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai.

'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'- Sahih Muslim

~ Dubai
dah turun salji... Mina dah kene banjir...



TOLONG INGATKAN PADA SAHABAT² LAIN!


Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda:
'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'

Posted at 07:10 pm by marlia8875
Make a comment  

Next Page