Entry: Tanda-tanda dunia di penghujung nyawa... Tuesday, September 01, 2009
1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:
'Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.'Baginda menyebutkan salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis. ' - Sahih Bukhari ~ dah jadi dah... 2) Zina bermaharajalela. 'Dan tinggallah manusia² yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.'- Sahih Muslim ~ dah nampak dah skrg... 3) Bermaharajalela alat muzik. 'Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka'. Ada yang bertanya kepada Rasulullah; 'Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?'Baginda menjawab: 'Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik) & penyanyi² wanita'- Ibnu Majah ~ Mentor, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah Muzik...
4) Menghias masjid & membanggakannya. 'Di antara tanda² telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid'- Riwayat Nasai. ~ memang dah nampak dah...
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. 'Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.'- Riwayat Ahmad dan Hakim. ~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu......
6) Ramai orang soleh meninggal dunia. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang² yang baik& ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang² yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang
makruf dan tidak mengingkari kemungkaran' - Riwayat Ahmad ~ boleh kira berapa jer para ulama'yg tinggal... 7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. 'Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka'bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia'- Riwayat Thabrani ~ George Bush, Ariel Sharon & kat Malaysiapun ada....
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. 'Sesungguhnya di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.'- Riwayat Ahmad ~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa... 9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. 'Di antara tanda² telah hampir hari kiamat ialah akan muncul pakaian² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang'. ~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc..)...
10) Bulan sabit kelihatan besar. 'Di antara tanda² telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung( membesarnya) bulan sabit.'- Riwayat Thabrani ~ tak caya gi tengok...
11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. 'Pada akhir zaman akan muncul pembohong² besar yang datang kepadamu dengan membawa berita² yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar
oleh bapa² kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka
agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu' - Sahih Muslim ~ Siaran TV kerajaan dan swasta, akhbar² harian & majalah² yg popular skarang nie......
12)Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. 'Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.'-Riwayat Ahmad ~ tengok kes peperangan Iraq ... 13) Negara Arab menjadi padangrumput & sungai. 'Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padangrumput & sungai²'- Sahih Muslim ~ Dubaidah turun salji... Mina dah kene banjir...
TOLONG INGATKAN PADA SAHABAT² LAIN!
Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w....bersabda: 'Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat...'