|
dipetilk dari http://www.kamezaim.com/kecewa/namamu-tetap-dihatiku Kasih.. Maafkan aku andai apa yang ingin ku coretkan ini Akan mengguris hati dan perasaanmu Aku tidak mampu menahan derita ini lagi Dan tiada tempat lain lagi yang boleh ku luahkannya Melainkan di sinilah tempat ku mencoretkan suka mahupun duka Dialah teman ku yang setia..
Kasih.. Tahukah kau betapa berertinya dirimu terhadap ku Tahukah engkau betapa murninya cintaku terhadapmu Dan tahukah kau bertapa tingginya harapan ku terhadapmu Pernahkah kau terfikir akan semua itu Atau semua itu langsung tidak bererti buatmu kasih..
Kasih.. Ku terima segala kata-kata darimu Biarpun adakalanya kata-kata itu cukup mengguris hatiku Namun ku tabah menerimanya dan ku buang sejauh yang mungkin Dengan harapan tiada alasan untuk mengoncang hubungan kita Namun, apalah daya dan kudrat ku ini untuk melawan segala yang tertulis Hubungan yang cuba ku pertahankan akhirnya musnah jua Hancur berkecai segala harapan ku terhadapmu Akhirnya terkuburlah sebuah impian..
Kasih.. Lahirnya kau ke dunia ini bukan untukku Dan terciptanya aku bukanlah untukmu Biarpun kita hidup di dunia yang sama Namun apakan daya, cara hidup kita berbeza Kau pinta ku beri sepenuh perhatian terhadapmu Namun, tidak terfikirkah kau akan tugas dan tanggungjawab ku Kau mengharap kasih dan sayang dariku Tidak cukupkah kasih sayang yang ku beri selama ini Terhadapmu..
Kasih.. Mungkin aku bukan sepertimana yang kau harapkan Atau mungkin jua aku bukan seperti teman-teman mu yang lalu Namun, walau apapun yang kau fikirkan Aku tetap aku..
Kasih.. Ku terima salam perpisahan darimu dengan harapan Agar kau bahagia dengan keputusan itu Apa guna kita terus bersama Andai dirimu tidak bahagia bersama ku Aku rela hidup tanpa dirimu Asalkan kau bahagia dan tenang sentiasa Biarpun tidak bersama dengan ku..
Kasih.. Aku ingin kau tahu satu perkara Walaupun kita sudah tidak bersama lagi Walaupun kau bukan milikku lagi Dan andai ku pergi dulu sebelummu Namun, ketahuilah bahawa Namamu tetap dihatiku..
|